Pemeriksaan & Audit Oleh Pemeriksa NCOSH 2023  Peringkat Kedua

Pemeriksaan & Audit Oleh Pemeriksa NCOSH 2023 Peringkat Kedua

27 Jun 2024
 
NCOSH merupakan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara & UMPSA telah melepasi tapisan peringkat pertama pada bulan April 2024.
 
Anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang di dalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja mereka.
 
Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.
 

Print   Email