CSR OSH in Tahfiz
23 Oktober2023
Program CSR OSH in Tahfiz Di Riyadus Solihin Kg Semangat Kuantan Pahang.
Seramai 15 pelajar telah menyertai dan mengambil bahagian dalam ilmu bantuan awal prosidur kecemasan yang berkaitan pernafasan mulut ke mulut, Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) , tercekik, luka dan patah.
Mereka diberi tunjuk ajar dan membuat latihan amali dan merasai sendiri apabila menghadapi suasana tersebut supaya dapat menangani situasi tanpa panik.
Ilmu keperluan asas ini amat penting, jika terjadi sebarang kecemasan bantuan awal dapat diberikan sementara menunggu pasukan kecemasan tiba.
Sementara itu, turut berlansung bersama pegawai OSHMO serta kakitangan pondok tahfiz melakukan pemeriksaan rawak serta teguran secara ilmiah dan juga cadangan penambahbaikan akan datang di sekitar dan ciri-ciri keselamatan yang perlu dititikberatkan.