Image
PENGENALAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN UMPSA
Selamat datang ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

UMPSA komited dalam memastikan sumber manusia yang sejahtera termasuklah dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Bagi memastikan perkara ini dapat dicapai, anda dikehendaki untuk mengetahui dan memahami perkara berikut:

  1. Polisi KKP dan Intervensi KKP UMPSA
  2. Objektif dan KPI KKP peringkat universiti dan PTJ yang telah ditetapkan sebagai langkah proaktif kita dalam mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan.
  3. Hazard dan risiko kerja anda serta sistem kerja selamat yang perlu anda amalkan bagi melindungi diri anda dan rakan sekerja daripada kemalangan dan penyakit pekerjaan.
  4. Sejarah kemalangan yang relevan dengan pekerjaan anda dan langkah yang telah diambil bagi mencegah kemalangan yang sama berlaku.
  5. Informasi yang perlu diketahui dalam situasi kecemasan seperti nombor telefon kecemasan, laluan kecemasan dan tempat berkumpul.
  6. Hak anda untuk menolak daripada melaksanakan tugas yang boleh mendatangkan bahaya serius kepada nyawa atau kesihatan anda.
Sumbangan dan kerjasama anda dalam membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara proaktif akan membantu pihak UMPSA untuk mencapai objektif UMPSA dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Ingin diingatkan, kegagalan mana-mana pihak untuk mematuhi sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, boleh mendedahkan kita kepada risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan serta tindakan perundangan oleh pihak berkuasa ke atas UMPSA.
Image

KLIK UNTUK MENONTON VIDEO KESELAMATAN

POLISI KKP UMPSA

Image

POLISI INTERVENSI UMPSA

Image

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (PPU) KKP UMPSA & PTJ

Image
Image

MYOSH

MYOSH merupakan satu one stop center bagi staf UMPSA mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan UMPSA. Sila layari pautan ke MYOSH bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan KKP.

Pautan MYOSH: https://ecomm.ump.edu.my/oshmo_main/
Image

Talian Kecemasan UMPSA

Image

PENYELARAS KKP PTJ

Sila lengkapkan diri anda dengan maklumat lanjut dan terkini berkaitan KKP daripada penyelaras KKP atau personel berkaitan di PTJ.

Senarai Penyelaras KKP PTJ boleh dirujuk seperti jadual: