Lawatan Kerja Ke Unimap Perlis Sebagai Penandaras Dan Perkongsian Maklumat Serta Ilmu

Lawatan Kerja Ke Unimap Perlis Sebagai Penandaras Dan Perkongsian Maklumat Serta Ilmu

12 September 2023
Lawatan Kerja Ke Unimap Perlis Sebagai Penandaras Dan Perkongsian Maklumat Serta Ilmu Bagi Menambahbaik Cara Kerja Sedia Ada.
Lawatan Ini Dilakukan Sendiri Oleh Ts. Muhammad Hairynizam Bin Muhd Taib (Pegarah OSHMO), Ts. Khairil Anuar Bin Abdul Hamid (Timbalan Pengarah Kesihatan Pekerjaan), Ts. Mohd Marzuki Bin Mohamed (Timbalan Pengarah Keselamatan Pekerjaan), Encik Khairul Adlan Bin Ismail (Pegawai Sains) Dan Encik Ahmad Harris Bin Abd Hamid (Jurutera) Ke Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan, dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Lawatan Kerja Selama Satu Hari.
 
Manakala Dari Pihak COSHE Pula Di Wakili Pengarah COSHE, Iaitu Encik Norazam Abdul Rashid Dan Kakitangan Unimap Yang Turut Membantu Memberi Penerangan Semasa Lawatan Kerja Tersebut.
 
Pelbagai Aspek Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di Kongsi Bersama Antaranya Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Keselamatan Bahan Kimia Dan Buangan Terjadual, Keselamatan Kontraktor, Keselamatan Mekanikal & Sinaran, dan Biokeselamatan Di Universiti Masing-Masing. Delegasi Ini Turut Melawat Makmal Failure Analysis & Cleanroom, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) Dan Dapat Melihat Kaedah Pematuhan Keselamatan & Keselamatan Di Makmal Tersebut.